Sygic GPS Navigation & Maps ialah aplikasi penavigasian GPS yang inovatif dengan peta luar talian yang dikemas kini setiap bulan dan dengan trafik langsung & amaran kamera kelajuan yang tepat, kedua-duanya dikemas kini dalam masa nyata. Ia dipercayai oleh lebih daripada 200 juta pemandu di seluruh dunia. Peta 3D luar talian disimpan pada telefon anda untuk penavigasian GPS tanpa sambungan internet. Kami mengemas kini peta berbilang kali dalam setahun secara percuma, supaya anda sentiasa boleh bergantung pada Sygic GPS Navigation. NAVIGASI DI MANA SAHAJA, WALAUPUN TANPA SAMBUNGAN INTERNET • Peta luar talian bagi semua negara di dunia, daripada TomTom dan pembekal lain • Kemas kini peta percuma berkali-kali dalam setahun • Navigasi GPS berpandukan-Suara dengan ketepatan arahan dan nama jalan yang disebut • Berjuta Tempat yang menarik (POI) • Navigasi GPS Pejalan kaki dengan arahan berjalan kaki dan tarikan pelancong (POI) BEBAS DARIPADA TRAFIK • Elakkan kesesakan trafik dengan maklumat masa nyata yang paling tepat yang dikumpulkan daripada melebihi 200 juta pengguna di seluruh dunia* KEKAL SELAMAT • Ciri-ciri keselamatan lanjutan menjadikan pemanduan di kawasan yang tidak biasa menjadi lebih mudah • Amaran had kelajuan menunjukkan had kelajuan semasa dan perubahan had kelajuan yang seterusnya • Pembantu Lorong Dinamik membantu anda ke lorong yang betul • Head-up Display (HUD) memancarkan navigasi ke cermin depan kereta anda, menjadikan pemanduan di waktu malam lebih selamat • Dashcam merakamkan jalan di hadapan dan menyimpan video secara automatik sekiranya berlaku kemalangan • Navigasi Real View ialah ciri realiti imbuhan untuk pengalaman pemanduan yang lebih baik dan lebih selamat • Pengecaman tanda mengesan had laju daripada tanda lalu lintas sewaktu anda memandu • Perkongsian laluan masa nyata membenarkan anda untuk berkongsi jangkaan masa ketibaan & kedudukan semasa pada peta* • Apple CarPlay Ketersambungan - semua ciri-ciri navigasi pada paparan bina dalam kereta anda. • Kokpit menunjukkan kepada anda prestasi masa nyata kereta anda. JIMATKAN WANG DI SEPANJANG LALUAN ANDA • Letak kereta dengan mudah dengan cadangan tempat letak kereta dan maklumat tentang harga dan ketersediaan secara langsung* • Tetapkan jenis bahan api anda dan isi untuk harga yang terbaik dengan maklumat tentang harga bahan api secara langsung* • Elakkan saman dengan Amaran kamera kelajuan* • Jimatkan wang pada caj perayauan dengan peta luar talian Adakah anda ingin tahu bagaimana rasanya memiliki Premium+? Nikmati percubaan 7 hari secara percuma dan terokai semua ciri Premium+. Selepas itu, anda boleh memutuskan sama ada anda ingin melanjutkan langganan anda atau menggunakan ciri-ciri asas sahaja. Langganan akan dicaj kepada kad kredit anda melalui akaun iTunes. Langganan anda akan diperbaharui secara automatik melainkan dibatalkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum akhir tempoh semasa. Anda tidak akan dapat membatalkan langganan sebaik diaktifkan. Uruskan langganan anda dalam Tetapan Akaun selepas pembelian. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila lawati sygic.com/support. Kami bersedia untuk anda 7 hari seminggu. Jika anda sukakan aplikasi kami, sila tinggalkan ulasan atau sebarkan mengenainya di sygic.com/love. Terima kasih atas sokongan anda. *Sila ambil perhatian bahawa ciri ini memerlukan sambungan internet. Dasar Privasi: www.sygic.com/company/privacy-policy Terma Penggunaan: www.sygic.com/company/terms-of-use Nota: Perkongsian video daripada Dashcam dilarang oleh undang-undang dalam negara-negara ini: Austria, Belgium, Luxembourg, Switzerland, Slovakia, Sepanyol. Dengan memasang, membuat salinan atau menggunakan semua atau mana-mana bahagian perisian ini, anda menerima semua terma dan syarat perjanjian ini: https://www.sygic.com/company/eula